28 January 2020

Kerja Kosong Social Media Marketer Mountain Torq


Kerja Kosong / Jawatan Kosong Sebagai Staff Pemasaran Media Sosial Di Mountain Torq - Syarikat ini adalah syarikat swasta memfokus kepada adventure pendakian ke puncak Gunung Kinabalu melalui kawasan "ferrata" iaitu lereng gunung yang berbahaya dan mencabar, yang mana laluannya hanyalah tali, jeriji besi dan kabel logam.

Buat masa ini, syarikat Mountain Torq mencari individu yang bersesuaian untuk menjawatan kerja kosong sebagai "Social Media Marketer".

Syarikat ini adalah syarikat pelancongan yang mensasarkan pelanggan di peringkat global dalam usaha mempromosi Gunung Kinabalu sebagai destinasi pelancongan menarik.

Sudah tentu pelanggan mereka kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Kriteria Tugasan Kerja Kosong Ni

• Mencipta strategi pemasaran menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter.
• Merangka teknik pemasaran sesuai dengan bajet
• Mencipta kandungan digital
• Bekerjasama dengan staff di unit lain dalam syarikat misalnya bahagian pembangunan produk dan pengurusan jenama (brand management)
• Mengintai dan menganalisa strategi pemasaran pesaing
• Mencipta artikel untuk dimuatkan dalam newsletter
• Menulis artikel blog dalam Bahasa Inggeris.
• Mencipta kandungan atas talian untuk laman web syarikat
• Menghantar laporan prestasi dari semasa ke semasa kepada pihak pengurusan.

Gaji: RM2500 hingga RM3500

Tarikh tutup: 18 Februari 2020

Syarat Kelayakan

• Pengalaman 4-5 tahun dalam pemasaran media sosial dan pemasaran online.
• Mahir menggunakan komputer.
• Mahir bercakap, menaip dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
• Mahir mengendalikan laman web, Facebook Page dan akaun media sosial lain.
• Amat mahir menggunakan analitik dari media sosial.
• Sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma.

Cara Memohon

• Apply secara online melalui portal Sabah Job Center.
• Hubungi Mountain Torq Sdn Bhd di talian 088-268126 atau 088-265126
• Datang sendiri ke pejabat Mountain Torq di Suite 1-03/04, Level 2, Menara Maa, No.6, Lorong Api-Api 1, pusat bandar Kota Kinabalu.

Jika anda rasa ada kenalan atau kawan-kawan yang berkelayakan untuk jawatan kosong Social Media Marketer ni, mohon share dan inform kepada mereka supaya mereka dapat cari kerja yang bagus.